Fakta semasa menunjukkan kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas kini menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Pun begitu, sesetengah rakyat masih mempercayai mitos tertentu berhubung penyakit yang ada kaitan dengan paras gula di dalam darah ini. Ini kerana sebahagian kita belum mendapat makumat tepat. Jika anda sudah terkena diabetes dan sedang mengusahakan rawatan terbabit, anda boleh amalkan Teh Herba Thabib Tyuerin. Baca info lanjut mengenai teh herba ini di sini.
Selain kesihatan, satu masalah lain yang sering dihadapi masyarakat kita ialah kurang pemahaman. Hal sama berlaku dalam kes diabetes atau kencing manis. Banyak sangat mitos tidak benar mengenai penyakit ini disebarkan dan dipercayai di dalam masyarakat. Di bawah ialah sebahagian daripada mitos berkenaan. Mari kita amati satu persatu.
Ini dipercayai konon hanya orang tua berisiko menghidap diabetes. Hakikat sebenar tidak begitu. Penyakit ini tidak kenal usia. Fakta kesihatan menunjukan kini kanak-kanak yang menghidap diabetes atau kencing manis semakin bertambah. Justeru, jangan terlalu biarkan anak-anak anda terperap di dalam bilik melayan gajet. Galakkan mereka menjalani aktiviti riadah di luar rumah secara berkala.
Sekali imbas, mitos ini seolah-olah ada benarnya, tetapi ia tidak tepat seratus peratus. Ini kerana tidak semua kes penyakit kencing manis disebabkan pengambilan makanan manis dan minuman manis. Sebenarnya, penyakit ini ada kaitan juga dengan faktor genetik atau keturunan. Mereka yang ada sejarah keluarga menghidap diabetes atau kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit ini walaupun kurang mengambil makanan manis atau manis. Kedengaran sangat menakutkan.
Justeru, amalkanlah cara hidup sihat dari segi pemakanan dan riadah. Elakkan berat badan menjadi berlebihan serta kurangkan makanan tinggi kalori dan lemak sama ada manis atau tidak. Jika teringin sangat mengambil makanan manis sekali sekala, pastikan pengambilannya pada kuantiti minimum. Banyakkan juga pengambilan makanan berunsur kaya serat. Ini membantu melambatkan penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Jika anda atau keluarga sudah terkena diabetes atau kencing manis dan sedang mencari ikhtiar perubatan bagi mengelak kesan lebih buruk, anda boleh amalkan Teh Herba Thabib Tyuerin. Baca info lanjut mengenai teh herba ini di sini.
Sangat bahaya mitos ini. Fakta sebenarnya ialah diabetes atau kencing manis ialah sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian. Fakta kesihatan menunjukkan penyakit ini membunuh lebih empat juta orang setiap tahun di serata dunia. Dianggarkan seorang akan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan diabetes dalam masa setiap tujuh saat. Bahaya atau tidak bahaya? Serius atau tidak serius? Baca lagi. Jika pun tidak menyebabkan kematian, penyakit diabetes atau kencing manis sangat berisiko terpaksa menjalani amputasi atau potong kaki. Ini kerana diabetes atau kencing manis boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf apabila peredaran darah menjadi lemah.
Dan, satu lagi mitos, yang ini lebih bahaya, ialah kononnya diabetes atau kencing manis ialah sejenis penyakit yang tidak dapat dirawat. Fakta benarnya ialah penyakit ini dapat dirawat. Contohnya, hasil kajian yang diterbitkan journal Diabetes Care menunjukkan ada penghidap penyakit ini sembuh setelah mereka berjaya mengurangkan berat badan minimum 14 kilogram. Banyak lagi mitos diabetes atau kencing manis yang beredar dan dipercayai dalam masyarakat kita. Justeru, cara terbaik ialah jangan mudah percaya tanpa fakta dan tanpa pengesahan profesional perubatan. Pun begitu, jika anda sudah terkena diabetes atau kencing manis serta sedang mencari alternatif perubatan bagi mengelak kesan lebih buruk, anda boleh amalkan Teh Herba Thabib Tyuerin. Baca info lanjut mengenai teh herba ini di sini.