Teh Herba Thabib Tyuerin sudah sedia dikenali sebagai teh herba berkhasiat yang dihasilkan secara istimewa oleh Tabib Tyuerin. Ia dirumus khusus menggunakan pelbagai jenis herba terpilih bertujuan menurunkan bacaan paras gula di dalam darah, sekali gus merawat penyakit kronik berkaitan dengannya. Formulasi berasaskan tradisi perubatan Cina purba ini mengandungi campuran daun Teh Hijau, daun Teh Pecah Beling, daun Teh Belalai Gajah, daun Teh Hitam dan daun Teh Pudina.

Teh Herba Thabib Tyuerin: Apa istimewa?

Menariknya, produk Teh Herba Thabib Tyuerin ini halal untuk diambil individu Muslim. Banyak lagi keistimewaan produk Teh Herba Teh Thabib Tyuerin. Antaranya ia sejenis produk herba yang sudah sedia diakui kaya dengan khasiat kesihatan. Bahan herba di dalam Herba Teh Thabib Tyuerin itu sendiri antara herba utama dan sudah sedia popular banyak digunakan di dalam perubatan tradisional Cina untuk meningkatkan kesihatan. Antara manfaat kesihatan produk ini yang menjadikannya sangat istimewa ialah ia membantu menurunkan tekanan darah serta menstabilkan tahap gula dalam darah.

Teh Herba Thabib Tyuerin: Mengapa anda patut ambil ?

Ada terlalu banyak sebab untuk anda mengambil dan mengamalkan produk Teh Herba Thabib Tyuerin ini. Pertama-tama, produk ini melepasi tempoh satu tahun ujian makmal (clinical test). Ini sangat penting bagi mana-mana produk kesihatan. Ini bermakna, ia tidak terus dijual di pasaran begitu sahaja tanpa melepasi fasa penting bagi mana-mana produk kesihatan, iaitu ujian maklmal. Lebih daripada itu, produk ini adalah hasil pengalaman peribadi Thabib Tyuerin sendiri. Malah, kemudian ia menempuhi fasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)  yang ketat di makmal terpercaya dan berwibawa, termasuklah di makmal BioSynergy Laboratory Sdn Bhd.

Produk ini juga melepasi ujian pengkelasan makanan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga memperolehi dua status Sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kilang pemprosesan pula berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP). Dan, produk ini juga diiktiraf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (MeSTI) di KKM. Semua ujian yang dilepasi produk Teh Herba Thabib Tyuerin ini bertujuan memastikan formula Tabib Tyuerin selamat digunakan dan benar-benar membantu memulihkan kesihatan.

Satu lagi yang menarik mengenai produk Teh Herba Thabib Tyuerin ini ialah anda tidak perlu lagi bergantung pada produk biasa yang dihasilkan daripada bahan kimia berbahaya. Faktanya ialah produk Teh Herba Thabib Tyuerin ini sahih dihasilkan menggunakan ramuan semua herba asli. Ternyata ada banyak sebab mengapa anda patut mengamalkan produk Teh Herba Thabib Tyuerin. Malah, ada sesetengah kes, kesan produk ini dapat dirasai seawal dua jam selepas pengambilan. Lambat atau cepat bergantung pada tahap sistem tindakbalas tubuh seseorang.

Seperti dinyatakan di atas, dengan pengambilan produk ini, ia membantu menurunkan bacaan paras gula di dalam darah, membantu menyembuhkan dan mengeringkan luka secara lebih cepat serta menyegarkan tubuh dan menghilangkan kelesuan. Produk Teh Herba Thabib Tyuerin juga sudah terbukti berkesan membuang angin di dalam tubuh dan mengurangkan rasa kebas kaki dan tangan. Justeru, anda tidak perlu susah-susah mencuba “produk itu produk ini” dengan menghabiskan banyak wang.

Ya, di luar sana ada banyak poroduk herba yang pelik-pelik. Sesetengah herba berkenaan mungkin anda tidak kenal dan tidak ada info mengenainya. Berbanding produk Teh Herba Thabib Tyuerin yang sudah terbukti melalui ujian makmal serta sudah digunakan sejak lama, anda mungkin tidak perlu mencuba produk-produk herba pelik lain. Sehingga ini produk Teh Herba Thabib Tyuerin sudah terbukti berjaya membantu ramai orang yang menderita komplikasi bacaan gula tinggi dalam darah.

Kami ada banyak testimoni hampir setiap hari oleh mereka yang telah mengamalkan Teh Thabib Tyuerin. Anda dapat rujuk pada laman web kami ini untuk lebih banyak testimoni.Di dalam satu artikel lain, kami perincikan bagaimana cara pengambilan produk Teh Herba Thabib Tyuerin. Anda boleh baca di sini.

error: Content is protected !!