Bacaan gula darah: Info asas

Apakah yang anda faham mengenai bacaan gula darah (glucose readings)?

Mengikut disiplin perubatan moden, ada dua bacaan gula darah. Pertama disebut hiperglisemia (hyperglycemia), iaitu bacaan gula darah yang tinggi. Kedua disebut hipoglisemia (hypoglycemia), iaitu bacaan gula darah yang rendah. Untuk kali ini, kita hanya tumpu kepada bacaan gula darah yang tinggi (hiperglisemia).

Bacaan gula darah: Bahaya kesihatan

Perlu diketahui bahawa paras bacaan gula dalam darah boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Ia bergantung banyak faktor, termasuklah pemakanan, pengambilan ubat dan aktiviti tubuh pada satu-satu masa. Dalam keadaan biasa dan pada paras kesihatan normal, paras bacaan gula darah bukanlah satu isu besar bagi sesiapa juga. Namun, jika paras bacaan gula dalam darah menjadi terlalu tidak normal, ia boleh menjadi satu petanda bahaya. Contohnya, jika paras bacaan gula darah seseorang berada pada paras tinggi atau tidak normal, ia boleh menyebabkan koma, malah maut.

Mari kita perincikan.

Bacaan gula darah: Julat normal

Julat normal untuk gula darah secara rawak ialah 7.8 mmol/L hingga 11.1 mmol/L. Ini hanya bacaan untuk memantau gula darah secara rutin atau biasa. Julat bacaan gula darah secara rawak ini lazimnya tidak digunakan untuk diagnosis diabetes atau kencing manis. Pengesanan paras gula darah bagi diabetes akan mengambil kira beberapa faktor lain, termasuklah pengambilan makanan atau berpuasa sebelum atau ketika ujian dilakukan. Ini kerana ia ada kaitan dengan proses lain, termasuklah penghantaran hormon insulin dalam mengeluarkan gula darah berlebihan daripada saluran darah. Ia juga membabitkan fungsi otot dan hati serta sel-sel lemak. Kaitan bacaan gula darah dengan diabetes ini akan dibincangkan dalam artikel lain. Dan, untuk menentukan tahap sebenar paras bacaan gula darah, seseorang perlu ke klinik perubatan bagi pemeriksaan serta pengesahan doktor perubatan (medical doctor).

Bacaan gula darah: Kesan jika tinggi

Apakah kesan buruk jika bacaan gula darah menjadi tinggi? Secara mudah faham, paras bacaan gula yang tinggi kemungkinan besar antaranya akan merosakkan lapisan saluran darah itu sendiri. Dan, jika tahap bacaan itu berterusan tinggi untuk tempoh tertentu, ia boleh menyebabkan timbulnya beberapa kesihatan atau penyakit serius, termasuklah diabetes. Antara risiko penyakit lain akibat paras bacaan gula darah yang tinggi ialah saluran darah tersumbat, sakit jantung, strok, sakit buah pinggang serta masalah penglihatan. Sekarang kita tahu dan faham bahawa walaupun paras bacaan gula darah bukan satu isu besar ketika ia normal, hal ini menjadi berbahaya apabila ia melonjak atau menurun sehingga paras tidak normal.

Bacaan gula darah: Mengapa ia tinggi?

Antara punca paras bacaan gula darah seseorang menjadi tinggi atau tidak normal ialah seperti berikut:

1. Mengambil atau memakan pelbagai sumber karbohidrat, termasuklah makanan terproses daripada gula, beras putih dan tepung putih pada kuantiti banyak.

2. Mengambil makanan mengandungi kalori tinggi dalam jumlah yang banyak.

3. Tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal untuk jangka waktu yang lama.

4. Mengambil ubat diabetes atau ubat lain yang tidak mematuhi preskripsi secara betul.

5. Menghidapi masalah kesihatan lain seperti jangkitan saluran kencing, selesema atau demam.

Bacaan gula darah: Cegah dan rawat

Bagaimana mencegah dan merawat jika paras bacaan gula darah menjadi tinggi atau tidak normal? Ada dua pilihan utama untuk mencegah dan merawat masalah paras bacaan gula darah yang tinggi atau tidak normal.

Pertama, anda perlu sentiasa membuat pemantauan serta pemeriksaan kesihatan dengan berjumpa doktor perubatan secara berkala dari semasa ke semasa.

Kedua, anda boleh mengamalkan pencegahan atau rawatan secara alami. Sila klik di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai kaedah pencegahan dan rawatan semulajadi ini.

error: Content is protected !!